MASA : 12.00pm
LOKASI : Kebun Getah Tinggal
PIKAT : Si Sarjan
Operasi tempur(memikat) kali neh agak tengah hari sedikit,pasal pagi keadaan tidak mengizinkan..Bertemankan pikat Si Sarjan,terus menuju ke lokasi pertama yang da di kenal pasti..Parking motor terus menyusup masuk,namun tiada kedengaran suara BH..Ne adalah pertama kali ke lokasi ne..Namun suara hati terdetik yang BH pasti ada,jadi terus masuk ke dalam lagi..Ternyata suara hati kawe salah kali neh,yang datang mengepung kawe adalah anjing2 kepunyaan tuan kebun getah neh..Celaka,kebun getah cina rupanya,walaupun tak di toreh,tp tetap ada pengawal..Kawe cuba halau,tp makin banyak yang datang,apa lagi,langkah seribu la dengan Si Sarjan..Habis semak samun kawe rempuh..Fuhhh,penat tuh.
Dok termenung sekejap terus masuk lokasi kedua,Sayup2 kedengaran suara BH,da penat nak redah semak,terus sangkut Si Sarjan..BH agak jauh,entah sampai entah tak...Si Sarjan terus buat keje..Agak lama jugak Si Sarjan dok memanggil,tapi yang sampai dulu merbah belukar, dok la dia melawan suara dengan Si Sarjan,tapi tak la sampai terjun atas jebak,mungkin kurang garang..Setelah merbah belukar hilang entah kemana,dan setelah kawe pun rasa dah na balik, tiba2 Si Sarjan keluarkan suara marah..Tu tanda ada BH yang dah sampai,jadi kawe teruskan menyorok sambil pekena rokok sebatang..Memang betul BH dah sampai,betul2 atas Si Sarjan..
Saling pandang memandang seketika,sambil keluar suara melawi,BH terus terjun jebak..Terus la game over..Berbaloi jugak la untuk kali neh..
Tuesday, 22 October 2013
Saturday, 28 September 2013
CARA AJAR BURUNG BARU DAPAT MAKAN DEDAK
Cara yang sering kawe pakai saat na ajar burung hutan(BH) yang baru di tangkap ialah dengan mencampurkan dedak dan buah yang telah di potong kecil...Dedak yang selalu kawe pilih ialah dedak keli saiz kecil,dan kawe tumbuk kasi hancur sikit saat di gaulkan dengan buah yang telah di potong tadi..Tetapi sebelum proses di atas,kawe suka letakkan dulu buah di sangkar,dan tengok adakah burung itu makan atau tidak..Tujuan ini kerana ada BH yang langsung xkan makan walau di letakkan buah..Dan buah yang sering kawe pakai ialah buah betik(papaya)..Jika menghadapi BH yang tak makan,kawe suka tangkap dan langsung suap buah terus pada burung tersebut..Proses ini kedengaran rumit,tapi inilah cara yang telah kawe guna pakai untuk sekian lama..Selalunya burung BH akan mula makan sendiri bila mana proses tadi di lakukaan sekali atau ke dua kali..Dan bila BH mula makan sendiri,biarkan BH tadi terus makan buah untuk tempoh sehari atau dua hari..Selepas itu baru mulakan proses menggaulkan dedak dengan buah..Melalui pengalaman kawe,burung akan mula makan dedak dalam tempoh yang juga singkat,iaitu sehari atau dua hari...
2: Cara yang lainnya adalah dengan meletakkan BH tadi ke dalam ladung yang mempunyai burung yang sudah makan dedak..Namun harus diingatkan,buah juga harus di letakkan bersama..Mungkin BH tadi akan ikut burung yang di dalam ladung tadi makan buah dan dedak yang tersedia..Namun cara ini bukan kegemaran kawe kerana risiko BH mati terlalu tinggi, ini kerana kita tak mampu memantau perkembangan BH tadi...
P/S: Jika BH yang kita dapat tidak juga makan setelah di lakukan proses di atas setelah dua hari,eloklah di lepaskan BH tadi,ini kerana BH akan mati pada hari ketiga di dalam simpanan kita...

Friday, 27 September 2013
BURUNG BARU (BB)
GELARAN :SI DAHAN
USIA :1 tahun setengah
ASAL :TANGKAP HUTAN
Gelaran si dahan di berikan kerana sikapnya yang sukar jatuh ke jebak saat di hutan dahulu. Asyik dok lawan suara kat dahan atas sebelah jebak je..Walau pun saat tu kawe seting jebak dengan segala kepakaran yang ada...Memang sangat lama aduan suara berlangsung,sampai kawe da nak keluar dari tempat persembunyian dah..SI DAHAN ne dulu kawe dapat dengan pikat tua kawe..Di naikkan sebagai pelapis kepada pikat sekarang ne...Telah menangkap burung hutan(BH),tetapi masih belum benar2 berapi saat kat dalam jebak..Di bawah di sertakan gambar SI DAHAN...
GELARAN : ---(belum layak)
USIA :SETAHUN DALAM SIMPANAN
ASAL :TANGKAP HUTAN
Bakal di naikkan sebagai pelapis kedua yang berada dalam simpanan..Dalam proses pembelajaran bermain jebak..Sudah galak di sangkar,tapi masuk jebak lambat nak ON..Masih belum cukup garang lagi untuk bertempur dengan burung hutan(BH)..Jadi masih belum di bawa memikat di hutan,sekadar panaskan kat halaman KEM(rumah) sahaja..

Thursday, 26 September 2013
PIKAT MERBAH LEKIR
GELARAN: SI SARJAN
USIA : 2 TAHUN
ASAL : ANAK MUDA HUTAN
Pikat ne adalah pikat kedua simpanan kawe,dinaikkan sebagai pelapis pikat tua yang dah kembali kepada maha pencipta..Pikat tua yang kawe sendiri tiada tanda kenangan dalam bentuk gambar atau video..Yang dia tinggalkan cumalah SI SARJAN yang kini menjadi pikat utama kawe..Gelaran SI SARJAN kawe berikan pada pikat ne adalah kerana sifat garangnya..Mula di ajar main jebak seawal usia 6 bulan ketika dalam simpanan..Cuma mengambil masa kurang sebulan,SI SARJAN mula menangkap tangkapan pertamanya..Dan selepas itu,prestasi SI SARJAN terus meningkat dari hari ke hari..Prestasi yang akan kita jumpa satu dalam seratus ekor burung..Itulah serba sedikit tentang SI SARJAN..Di bawah di sertakan gambar2 SI SARJAN..wassalam.

OPERASI TEMPUR(memikat)
MASA : 02.00pm
TENTERA(pikat):SI SARJAN
LOKASI :PINGGIR HUTAN
Sempena cuti panjang ne,setelah selesai segala rutin harian,pusing sana pusing sini,x tahu plak apa nak di buat..Mata terpandang SI SARJAN(pikat merbah lekir)nak pergi mikat ke?terdetik persoalan di hati.. Tengok jam kat H\P,baru pukul 2petang,masih awal nak memikat..Bakar rokok sebatang,dok pikir2..... Ah....jalan je la,sambar sangkar SI SARJAN terus arahkan masuk PESAWAT(jebak la tu).Pantas je SI SARJAN ikut

SI SARJAN dalam pesawat(jebak la tuh)
Siapkan segala alatan,start motor,terus menuju ke medan tempur..Ingat nak ke lokasi yang pernah masuk dulu,tapi ada orang tengah bikin kerja di depan la plak,jadi tak boleh la masuk ke lokasi yang dah di kesan radar ne..Terus je ke depan,terpandang plak satu lokasi yang agak menarik..Terus masuk dan parking motor..Radar terus kesan kelibat musuh di depan,jadi kawe pun terus lock motor,capai SI SARJAN terus menyusup masuk..
Ne la lokasi tempur kali ne
Lebih kurang 15minit dari KEM(rumah kawe la tuh)
Punya la tebal semak kat belakang tu,siap nyamuk kelas A lagi,kira satu pakej siap la..Nak tak nak kene jugak redah,pasal burung hutan(BH) kedengaran jauh di dalam..Tebas lebih kurang je,agak lepas kawe jalan terus maju ke depan..Lebih kurang 10 minit,sampai gak lokasi bertempur..SI SARJAN dah mula menembak(memanggil) BH..Memang gelojoh betul arrr...Tiba2 je sampai sekor BH betul2 depan muka kawe,kawe wat bodoh je,SI SARJAN makin menggila dalam pesawat,BH perasan kawe terus blah masuk dalam balik..Tebas ala kadar terus sangkut SI SARJAN.
SETING ALA KADAR JE LA
Si SARJAN terus menggila,kelam kabut kawe cari tempat menyorok..Memang gila la SI SARJAN ne,
Dalam 5 minit SI SARJAN mengeluarkan segala kebolehannya,sampai BH atas kepala kawe,kawe be
rlakon la macam patung,sambil berundur sedikit masuk dalam semak.Pendekkan cerita,terus BH tadi
langgar SI SARJAN,dok bertempur tepi jebak,naik balik ke ranting atas,dok lawan suara dalam
2-3 minit,langgar lagi SI SARJAN,masih lagi masuk ikut tepi jebak..Aksi begini berulang agak
lama gak..Smpai la BH betul2 marah,terus terpa SI SARJAN dari berbagai arah,naik arah atas jebak
pijak angar,terus GAME OVER..
NE LA HASIL KALI NE...
Tuesday, 24 September 2013
SEDIKIT INFO TENTANG MERBAH LEKIR
Merbah lekir atau kuning atau luris leher semestinya burung dari jenis merbah iaitu burung jenis pengicau..Di gelar PYCNONOTUS FINLAYSONI dalam ilmiahnya atau di sebut STRIPE-THROATED BULBUL dalam bahasa inggeris..Seringkali terdapat di asia tenggara,tp ada sesetengah tempat tidak dijumpai penyebaran burung ini..
Negara yang didapati tersebarnya burung jenis ini adalah KEMBOJA,CHINA,LAOS,VIETNAM, THAILAND,MYANMAR,dan MALAYSIA sendiri...Tapi difahamkan,jumlah spesis burung ini makin berkurangan pada sesebuah tempat..Dan yang di persalahkan semestinya peminat-peminat burung ini sendiri,kerana memikat burung hutan untuk di pelihara,dengan menolak kemungkinan lain iaitu habitat asal yang kian dimusnahkan oleh tangan-tangan yang fikir mereka benar.
Seperti lain nya burung dalam keluarga PYCNONOTIDAE ini adalah burung jenis pemakan buah dan juga serangga..Suka hidup di hutan yang terbuka dan pinggir-pinggir kampung serta kebun-kebun buah...Jika di habitat asalnya,burung ini sering terlihat hidup berpasangan,dan burung jantan akan menguasai kawasannya sendiri.Kerana itu sering kali terlihat perkelahian akan berlaku saat burung jantan lain memasuki kawasannya..Dan burung Merbah Lekir juga sering di lihat berkelahi dengan burung jenis merbah lainnya seperti Merbah Kapur atau Merbah Rimba..
p\s :kerana beberapa sebab,gambar merbah lekir belum dapat di sertakan lagi.
insyaAllah akan menyusul dalam laporan memikat nanti..

PENGENALAN
Assalamualaikum......
Selamat melawati blog merbah lekir dan berkongsi minat yang sama....Bukan untuk kita bermegah atau meninggi diri,tapi sekadar menghargai satu bentuk ciptaan Ilahi.Dalam kebanyakan spesis burung,saya suka untuk bercerita tentang burung merbah lekir yang sekarang menjadi spesis utama dalam simpanan saya...Semuanya hadir setelah terdengar kemerduan suara yang di alunankan spesis ini...setelah sekian lama,terdetik pula di hati untuk berkongsi pngalaman dalam permainan ini...
Di harapkan sedikit pengalaman dari saya ini mampu untuk kita berkongsi dan menambah pengetahuan dalam mendalami burung spesis ini..Segala kekurangan di dalam blog ini akan terus dibaiki demi kepuasan semua...Blog ini masih baru diterbitkan,jadi segala kekurangan yang ada harap dapat di maafkan...
Sekian untuk tatapan pertama ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)